Showing posts with label hard cover. Show all posts
Showing posts with label hard cover. Show all posts

Thursday, December 5, 2019

FANTASTIK

Fantastik
Hasrul Rizwan
Harga: RM50.00

Sinopsis
Cinta tidak pernah memihak kepada Ali walau bagaimana pun dia mencuba. Dia bagaikan terkena sumpahan. Ali kini mengetahui silapnya. Bukan karma, sial atau saka keturunan yang menempel di tubuhnya. Ali menyedari dirinya terlalu baik untuk gadis.
Bermula malam tahun baru, pada detik yang menghimpunkan segala kedukaan setelah ditinggalkan kekasihnya, Anita (Instafemes sendu suam-suam kuku), Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu. Ali mahu jadi bad boy. Menjadi lelaki paling liar dan fantastik yang merobohkan hati gadis yang pernah menolak cintanya dahulu.

Wednesday, April 12, 2017

LELAKI PILIHAN TERAKHIR



SOLD OUT
Lelaki Pilihan Terakhir
Hani Fazuha
Special edition hard cover

Sinopsis
Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?
Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.
“She’s mine.”
“Aku peduli apa.”
Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara.
“Touch her and I’ll kill you.” Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa.
Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang.
“Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki.” Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi.
Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku?
Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?

Tuesday, December 27, 2016

SATU AKAD SAHAJA


SOLD OUT
Satu Akad Sahaja
Sheisbell
(Sekuel novel terhangat Satu Malam Sahaja)

~Sneak Peek~
Bagai diseru, Wildan buka mata. Serta-merta, dunia beku di sekitarnya. Wajah si gadis bujur sirih ditatap, tak berkerlip. Matanya kehijau-hijauan. Pasti guna contact lenses. Tapi, renungannya menggoda. Dihiasi dengan tahi lalat kecil di hujung mata. Bagai menggesa pandangan nakal Wildan melekat, tak berganjak. Kalau itu tak cukup manis, seulas bibirnya kebasahan. Merah dan nampak segar. Juga ditemani sebutir tahi lalat hitam di atas bibir.
Sedetik itu, Wildan terpukau. Tak cukup dengan itu, ada suara yang menjemput rasa. Bertebaran dalam diri si Tuan Wildan. Tanpa disangka, Wildan telan air liur sendiri. Bagai kekeringan rasa. Meneguk kemanisan basahan bibir itu. Dan menjamah tahi lalat hitam sekaligus.
Wildan jilat bibir sendiri.

Saturday, January 23, 2016

BELAHAN 2 JIWA

SOLD OUT
BELAHAN 2 JIWA (HARD COVER)
KARYA SHEISBELL & JIE KHALIL

SINOPSIS
Nour Aien – mangsa keadaan yang sering dirundung malang. Kepayahan hidup mengajar jiwanya menjadi kental. Meredah apa jua badai yang melanda.

Rushdan – lelaki ego berjiwa keras, perilaku ganas dan mulut celupar. Bertindak terburu-buru dan menyesal kemudian. Secocok namanya, Rush…semuanya cepat dan pantas, tiada istilah berlengah

Takdir mereka sudah termaktub sejak azali. Mereka bertemu dan berpisah tanpa sezarah rasa cinta. Anehnya, pabila pertembungan berlaku lagi, Rushdan menghempap Nour Aien dengan kesalahan yang tidak pernah tercatur pun. Terhumban ke kanca benci dan amarah yang tak bersempadan, Nour Aien cekalkan hati demi sebelah jiwanya yang dibawa pergi.

Terkurung dalam loteng istana yang penuh berdawai besi, Nour Aien menghadam setiap maki hamun Rushdan yang serba tak kena. Benarlah kata orang, kalau sudah disumbat minda sendiri dengan persepsi keji, sampai bila-bila pun asyik mengeji sajalah. Sudah hilang segala kebaikan di dunia ini. Begitulah Rushdan.

Sukarnya mengubah seketul minda yang sempit. Apatah lagi, membibitkan rasa cinta dalam sekeping hati yang tidak berjiwa. Mampukah Nour Aien melentur hati itu agar mendakap dua jiwa yang terpisah?