Showing posts with label belahan 2 jiwa. Show all posts
Showing posts with label belahan 2 jiwa. Show all posts

Saturday, November 19, 2016

LELAKI SEHEBAT DIA


SOLD OUT
Lelaki Sehebat Dia
Sutra De'Wangi
(bonus sekuel Belahan 2 Jiwa - Sheisbell)

Sinopsis
Dah muka tak seindah bidadara, reda ajalah. TT tiba-tiba kata nak sambung belajar dan pergi macam tu saja.

Hati terpaling pada kaunter pertanyaan merangkap kaunter pengaduan a.k.a Keen. Mula-mula, tanya, lepas tu mengadu. Lepas tu jatuh suka.

Tapi, tak mudah nak dapatkan Keen juga rupa-rupaya. Perempuan tu macam berpagar halimunan di sekelilingnya. Ada IQ yang dah tentunya couple dengan Keen sejak sekian lama. Ada Izzul patah yang tiba-tiba mengaum jadi sado menuntut hak. Ada kisah-kisah di taska yang menjadi penentu hala tuju kisah cinta pelik mereka.

Peliklah, sebab Keen betul-betul jatuh cinta pada Baim hanya selepas Baim lafazkan ijab dan kabul.

Kahwin paksa? Taklah!
Cerai paksa? Mungkin kot?

Mari kita lihat siapa yang kena.

Saturday, January 23, 2016

BELAHAN 2 JIWA

SOLD OUT
BELAHAN 2 JIWA (HARD COVER)
KARYA SHEISBELL & JIE KHALIL

SINOPSIS
Nour Aien – mangsa keadaan yang sering dirundung malang. Kepayahan hidup mengajar jiwanya menjadi kental. Meredah apa jua badai yang melanda.

Rushdan – lelaki ego berjiwa keras, perilaku ganas dan mulut celupar. Bertindak terburu-buru dan menyesal kemudian. Secocok namanya, Rush…semuanya cepat dan pantas, tiada istilah berlengah

Takdir mereka sudah termaktub sejak azali. Mereka bertemu dan berpisah tanpa sezarah rasa cinta. Anehnya, pabila pertembungan berlaku lagi, Rushdan menghempap Nour Aien dengan kesalahan yang tidak pernah tercatur pun. Terhumban ke kanca benci dan amarah yang tak bersempadan, Nour Aien cekalkan hati demi sebelah jiwanya yang dibawa pergi.

Terkurung dalam loteng istana yang penuh berdawai besi, Nour Aien menghadam setiap maki hamun Rushdan yang serba tak kena. Benarlah kata orang, kalau sudah disumbat minda sendiri dengan persepsi keji, sampai bila-bila pun asyik mengeji sajalah. Sudah hilang segala kebaikan di dunia ini. Begitulah Rushdan.

Sukarnya mengubah seketul minda yang sempit. Apatah lagi, membibitkan rasa cinta dalam sekeping hati yang tidak berjiwa. Mampukah Nour Aien melentur hati itu agar mendakap dua jiwa yang terpisah?