SOLD OUT
Satu Akad Sahaja
Sheisbell
(Sekuel novel terhangat Satu Malam Sahaja)
~Sneak Peek~
Bagai diseru, Wildan buka mata. Serta-merta, dunia beku di sekitarnya. Wajah si gadis bujur sirih ditatap, tak berkerlip. Matanya kehijau-hijauan. Pasti guna contact lenses. Tapi, renungannya menggoda. Dihiasi dengan tahi lalat kecil di hujung mata. Bagai menggesa pandangan nakal Wildan melekat, tak berganjak. Kalau itu tak cukup manis, seulas bibirnya kebasahan. Merah dan nampak segar. Juga ditemani sebutir tahi lalat hitam di atas bibir.
Sedetik itu, Wildan terpukau. Tak cukup dengan itu, ada suara yang menjemput rasa. Bertebaran dalam diri si Tuan Wildan. Tanpa disangka, Wildan telan air liur sendiri. Bagai kekeringan rasa. Meneguk kemanisan basahan bibir itu. Dan menjamah tahi lalat hitam sekaligus.
Wildan jilat bibir sendiri.
No comments:
Post a Comment