SOLD OUT
Aku Yang Tertewas
Hani Fazuha
Sinospsis
Bertahun lamanya, Elisa hampir lupa dia pernah jatuh cinta pada lelaki bernama Azam. Di depannya hari ini, hanya ada Tuan Luqman. Duda kematian isteri yang ada auranya tersendiri.
Saat hati Elisa kata dia mahu memilih Tuan Luqman, Azam muncul bersama sejuta kerumitan yang di dalamnya penuh harapan.
*Azam itu rupanya anak Tuan Luqman yang Elisa tak pernah tahu.
*Azam mahu leraikan persoalan yang membuatkan mereka terpisah.
Elisa jadi tersepit. Anak dan bapa, mana satu yang hatinya pilih? Anak yang pernah melukakan, atau bapa yang sentiasa memahami? Atau dia harus melupakan keduanya dan menerima Haqeem yang dipilih keluarga?
“Saya tak pernah menipu bila bercakap tentang cinta. Tapi, soal hati bukan boleh dibuat urus niaga untuk kita bercakap yang manis-manis saja.” – Tuan Luqman.
“I tak pernah tipu bila I kata tak pernah ada orang lain di hati I kecuali you.” – Azam
“Kalau abang cakap dengan Nek Wan abang setuju, Lisa akan jadi milik abang.” – Haqeem.
Siapa yang akan tertewas dalam pertembungan emosi dan perebutan seorang Elisa? Yang pasti, hanya seorang yang akan menang.
‘Jika meminta yang terbaik itu dia tidak layak, cukuplah sekadar yang boleh menyayangi sepenuh hati.’ - Elisa
No comments:
Post a Comment