Tuesday, December 27, 2016

SEDINGIN EMBUN MALAM

SOLD OUT
Sedingin Embun Malam
Sheisbell

Sinopsis
"Iqbal, aku tak nak anak ni. Aku tak peduli. Aku tetap akan gugurkan anak ni." Jane bangkit berdiri. Dia kerasukkan.

Iqbal segera menerpa dan memaut kaki Jane. "Jangan Jane. Kasihanilah anak tak berdosa tu. Jangan bunuh dia. Dia tak bersalah, Jane."

Jane makin menggila. "Habis tu, kau tuduh aku yang salah. Kau tahu aku tak nak buat kerja gila tu. Kau yang goda aku. Kau yang sentuh aku. Kau...kau..." Jane menampar-nampar kepala Iqbal. Hantinya hancur. Sama sseperti masa depannya yang musnah.

Nasi sudah menjadi bubur. Namun, kemarahannya tak pernah padam. Kerana itu, hatinya kental. Sepicing pun bayi yang bru lahir itu tidak diintainya. Bahkan, bertahun-tahun dia tak terkilan bertanyakan khabar.

Lalu kenapa jiwanya bergetar mendengar tawa Yaya? Htinya terbuai melihat senyuman Yaya? Tubuhnya menggeletar berdepan dengan kesakitan Yaya?

Iqbal ambil kesempatan. Walau hati telah berubah arah, kenapa antara mereka masih ada 'spark'. Berbunga-bungalah taman hati da pisang akan berbuah dua kali?

No comments: