Thursday, December 5, 2019

SEMPURNAKAN CINTA

SOLD OUT
Sempurnakan Cinta

Sinopsis

Tujuh Penulis bergabung dalam satu naskhah. Tujuh cerita menarik untuk dikongsi bersama:

1. Oops! Maaf ... - Farah Husain
* Bila Izad mula beri mix signal, hati Nadha jadi keliru dan hatinya tertanya-tanya. He loves me... he loves me not?

2. Ali Alauddin - Rose Harissa
* Kerana dipaksa kahwin, Ali Alauddin akur meninggalkan kehidupannya di bumi England. Berusaha mengenali isteri selepas nikah tapi Ali tak menyangka Alilatul Barizah menyimpan sebuah trauma.

3. Degupan Cinta- Cik Amal Amina
* Lebih tujuh tahun, Dian masih tidak mampu melupakan Yusuf, cinta pertamanya walau ketika ini dia sudah punya Iskandar. Keadaan makin rumit bila Yusuf tiba-tiba muncul kembali.

4. Kelip-Kelip Terbang Malam – Shamien A. Basit
* Bebas dari kurungan tirai besi, Nadhirah simpan rahsia sendiri. Tapi kembalinya Hud menggugat hatinya. Antara rahsia dan sayang, yang mana harus dia utamakan?

5. Naqi - Rina Farizq
* NAQI rasa bersalah bila mengingatkan perbuatannya terhadap Safia. Dia tak pernah melayan Safia dengan baik malah, kata-kata yang dilontarkan juga kasar. Dapatkah Safia memaafkannya?

6. Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara
* Perkenalan di majlis perkahwinan sebagai pengapit pengantin menemukan Ayong dan Ayaz. Kisah dua hati yang pernah terluka. Mampukan Pengapit Pengantin bertukar menjadi Raja sehari?

7. Mr Whatever - Illa Shanahila
* Jadi pembantu rumah Kak Lina tak susah pun bagi Hanan, aman dan bebas. Tapi, keamanan Hanan mula terganggu bila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu. Siapa dia?

No comments: