Thursday, May 28, 2015

KEKASIH UNTUK DIA


SOLD OUT 
Sinopsis

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"Yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.

Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia

No comments: