Showing posts with label nueen. Show all posts
Showing posts with label nueen. Show all posts

Friday, March 9, 2018

KETIKA WAKTU MENDATANGKAN CINTA


Kondisi: terdapat 2 mukasurat yang telah diperbaiki kerana kesalahan cetakan (upside down), mukasurat lengkap

SOLD OUT 

Ketika Waktu Mendatangkan Cinta 
Nueen



Sinopsis
INSYIRAH dan Razif, bersatu tanpa ada cinta. Demi menjaga maruah keluarga yang memeliharanya sejak kecil, Insyirah terpaksa menggantikan tempat Khalidah, tunang Razif yang menarik diri di saat-saat akhir.

Walaupun tiada cinta, Insyirah masih cuba mengecap bahagia. Namun, selepas empat tahun hidup bersama, Khalidah muncul semula menagih cinta lama. Kerana terlalu buta dengan cinta Khalidah, Razif tidak teragak-agak menceraikan Insyirah.

Demi masa depan dan kebahagiaan diri dan anak-anaknya, Insyirah nekad membawa diri. Ketika dia sedang cuba bangkit daripada kekecewaannya, Hazman muncul dalam hidupnya. Dirinya kembali bersemangat, perasaan yang dulunya dirasakan telah mati, tiba-tiba hidup semula. Cumanya, bila Hazman mula meluahkan rasa, ada sesuatu yang menghalang Insyirah menjawab, ya!

“Err, satu je yang saya risau ni. Saya tak mahu berkawan dengan suami orang, tunang orang atau kekasih orang. Sebab saya janda.”

“Kenapa? Janda tu macam kuman ke? Tak boleh dekat?”

Ya, sebab Insyirah janda.

“Untuk pengetahuan awak, saya bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan jugak kekasih orang. Empat tahun dulu saya pernah jatuh cinta...”

Layakkah janda seperti dia berada di samping lelaki seperti Hazman? Dan mampukah dia menggantikan tempat gadis yang sudah beraja di hati Hazman sejak empat tahun yang lalu? Benarkah ada cinta untuk Insyirah atau dia bakal mengulangi semula sejarah lamanya bersama Razif? 

Monday, May 9, 2016

KERANA AKU SAYANG PADAMU

SOLD OUT
Sneak peek
Kenapa abang tak boleh terima Jannah?” Jannah hampir saja hilang kawalan diri. Dia sudah ditolak tanpa alasan kukuh sedangkan Jannah fikir dialah wanita yang paling layak buat Mikael. Berebut lelaki di luar sana yang mahukan Jannah, tapi boleh pulak dia ditolak begitu saja. Memang Jannah tak boleh terima kenyataan itu.
“Sebab perempuan yang baik hanya untuk lelaki baik. Abang tak baik. Jadi abang rasa, memang abang tak layak untuk Jannah.” Bosan Mikael. Tak tahu lagi hendak guna bahasa apa untuk bagi Jannah faham.
“Kalau abang sedar abang tak baik, abang berubahlah. Jangan pandai cakap abang tak baik, tapi tak berusaha langsung untuk berubah.” Sakit hati Jannah melihat perangai Mikael yang selamba itu.
“Sebab itu kalau boleh abang nak cari pasangan yang sama level dengan abang. Sekurang-kurangnya dia lebih menghormati abang yang jahil ni.”
“Abang dah salah tu. Sepatutnya pasangan tu saling melengkapi. Barulah sempurna. Bukannya dua-dua teruk.” Suara Jannah mula tinggi.
“Tak payahlah Jannah nak ajar abang. Abang tahu apa yang abang nak buat dengan hidup abang. Apa yang penting memang abang tak boleh terima Jannah.”
“Abang janganlah sombong. Janganlah ego sangat. Abang perlukan seorang gadis seperti Jannah. Hanya Jannah saja yang dapat membimbing abang ke jalan yang lebih baik.”
Mikael terus ke keretanya tanpa mahu mengendahkan Jannah.
“Abang…” panggil Jannah. Dia berlari anak mendapatkan Mikael."

Thursday, May 28, 2015

KEKASIH UNTUK DIA


SOLD OUT 
Sinopsis

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"Yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.

Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia