Monday, May 9, 2016

KERANA AKU SAYANG PADAMU

SOLD OUT
Sneak peek
Kenapa abang tak boleh terima Jannah?” Jannah hampir saja hilang kawalan diri. Dia sudah ditolak tanpa alasan kukuh sedangkan Jannah fikir dialah wanita yang paling layak buat Mikael. Berebut lelaki di luar sana yang mahukan Jannah, tapi boleh pulak dia ditolak begitu saja. Memang Jannah tak boleh terima kenyataan itu.
“Sebab perempuan yang baik hanya untuk lelaki baik. Abang tak baik. Jadi abang rasa, memang abang tak layak untuk Jannah.” Bosan Mikael. Tak tahu lagi hendak guna bahasa apa untuk bagi Jannah faham.
“Kalau abang sedar abang tak baik, abang berubahlah. Jangan pandai cakap abang tak baik, tapi tak berusaha langsung untuk berubah.” Sakit hati Jannah melihat perangai Mikael yang selamba itu.
“Sebab itu kalau boleh abang nak cari pasangan yang sama level dengan abang. Sekurang-kurangnya dia lebih menghormati abang yang jahil ni.”
“Abang dah salah tu. Sepatutnya pasangan tu saling melengkapi. Barulah sempurna. Bukannya dua-dua teruk.” Suara Jannah mula tinggi.
“Tak payahlah Jannah nak ajar abang. Abang tahu apa yang abang nak buat dengan hidup abang. Apa yang penting memang abang tak boleh terima Jannah.”
“Abang janganlah sombong. Janganlah ego sangat. Abang perlukan seorang gadis seperti Jannah. Hanya Jannah saja yang dapat membimbing abang ke jalan yang lebih baik.”
Mikael terus ke keretanya tanpa mahu mengendahkan Jannah.
“Abang…” panggil Jannah. Dia berlari anak mendapatkan Mikael."

No comments: