Monday, May 9, 2016

KEISHA IMANINA

SOLD OUT
Sinopsis
Hanya kerana salah faham Keisha Imanina dihalau oleh keluarganya. Dua tahun ditempat baru mengubah cara hidup seorang seorang gadis yang kesepian dalam menempuh dugaan hidup.

Dengan satu perlanggaran kecil membawa cinta pada Aisy Khalish seorang juruterbang di kedai makan dan seterusnya membawa pelanggaran di Merah Group ketika dia menolong abangnya menjaga syarikat buat sementara waktu.

Hati Keisha Imanina yang keras tidak dapat terima mana-mana lelaki pun setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Aisy Khalish tetap mengejar walaupun Keisha Imanina rimas dengan sikap lelaki itu.


“PAPA, sebelum Aisy berangkat ke Italy ni. Papa suruh abang berhentikan Keisha dan bagi surat permindahan dia ke Skyfly Air.” Pinta Aisy Khalish dengan mata redup.


“Ini surat permindahan kerja awak ke Skyfly Air mulai minggu hadapan. Sebenarnya saya masih perlukan staf yang berdedikasi macam awak, tetapi Dato’ Paduka yang mahu awak pindah ke sana. Tetapi bukan sebagai akauntan,” Syarif Hafuza.


Kerana ingin mengejar cinta Keisha Imanina, Aisy Khalish sanggup melepaskan cita-citanya dan mengambil alih SkyFly Air milik keluarganya hanya mahu berada disamping gadis itu.


Apa yang akan terjadi apabila tindakan Aisy Khalish itu diketahui oleh Keisha Imanina? Adakah cinta boleh membawa Keisha Imanina pulang kembali pada keluarga kandungnya?

No comments: