SOLD OUT
Kerana Terluka
Aida Adriani
Kerana Terluka
Aida Adriani
Sinopsis
NUDRA HANEEM...
hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan
di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa
kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih
dan cintanya diuji lagi. Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat
diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama
telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang
manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi
taruhan. "Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya
setengah." "Saya juga bimbang Is,kalau kekuatan saya hilang dalam
keadaan payah begini." Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi
tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka,
parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad
mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri
hidup bahagia dalam kepura-puraan!
No comments:
Post a Comment