SOLD OUT
Tajuk: Senyuman Manismu
Tajuk: Senyuman Manismu
Penulis: Rania Firdaus
Sinopsis
AIN ingin bahagia
seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah
dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri,
memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi
dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia. Lebih malang,
apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan
sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di
situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat
orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit
kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja
Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya
datang mengganggu. Ain pasrah mengundur diri demi lelaki yang dicintainya.
Mungkin kebahagiaan memang tidak akan pernah sebati di dalam hidupnya. Ketika
hubungan mereka berdua sedang meruncing, Zafran tersedar akan khilafnya. Dia
tahu silapnya membiarkan diri dikaburi oleh perasaan sendiri. Lantas dia berazam
untuk memulihkan keretakan rumah tangganya, namun untuk mengubati hati yang
luka, banyak dugaannya. Dapatkah Ain menerimanya kembali setelah dia melukai
sekeping hati yang cukup luhur?
No comments:
Post a Comment