Friday, March 9, 2018

DIKALA HATI MERINDUI


SOLD OUT
Dikala Hati Merindui
Hash Aulia

(EDISI TERHAD)


Sinopsis

Kerana taat kepada ibu bapa, dia setuju untuk berkahwin. Tanpa sayang. Tanpa cinta. Hanya bersandarkan pilihan keluarga adalah yang terbaik. Namun, perkahwinannya perlu bersyarat.

"Luth setuju kahwin dengan gadis pilihan mama kalau dia boleh penuhi semua syarat-syarat Luth." Luth Ibrahim.

Walaupun bakal isterinya memenuhi kriteria, namun dalam hati tetap ada rasa tak senang. Serba-serbi tidak kena pada matanya. Dan bagi Chempaka Delina, encik suami adalah raja ego. Tuan diktaktor bermulut lepas.

"Awak masih dara ke? Bukan apa, sekarang ni ramai anak dara bukan anak dara dah. Well, you know what I mean."

"Tuan Luth Ibrahim masih teruna ke?" Chempaka Delina.

Dan bagi Luth Ibrahim, cik isteri pula adalah gadis sopan yang berlindung di sebalik mulutnya yang makan dalam. Setiap bicara pasti menyentak tangkai hati. Tanpa sedar, tingkah itulah yang menarik hati masing-masing. Menjemput cinta dalam diam. Menyayangi secara bisu. Namun, belum sempat hendak meluahkan cinta, segalanya musnah kerana satu malam. Di mana, malam yang meragut maruah serta kebahagiaan yang baru ingin dibaja. Malam yang meninggalkan titik gelap sekali gus merentap hidup seorang Chempaka Delina.

"Aku tak mampu terima kekurangan dia. Tak mampu tipu diri sendiri." Luth Ibrahim

Di saat dia perlukan seorang suami, Chempaka Delina ditinggalkan tanpa belas kasihan. Digantung tidak bertali. Dihukum tanpa alasan sehingga dia mengalah untuk hidup. Benarlah..hati manusia sering berubah-ubah. Bagi Delina.. tatkala Luth Ibrahim berlalu meninggalkan dia terhukum atas khilaf insan lain, cinta itu sudah mulai mati dalam hatinya.

No comments: