SOLD OUT
Memang Salah Diriku
Hani Fazuha
Sinopsis
Betul ke lelaki kalau dah cinta, terus jadi buta?
Kata Megat Akeef, dia kahwini Hanna hanya untuk memenuhi permintaan mamanya. Sebabnya, dia cintakan Mimie.
“Tiba masanya aku akan kahwin dengan Mimie. Buat sementara waktu, kau kena tahu, antara kita akan ada Mimie bersama aku.” – Megat Akeef
Dia lupa, sekeping hati itu milik Tuhan. Dan saat Tuhan balikkan hatinya, barulah dia sedar rupanya yang dia tolak itu adalah permata berharga.
‘Saat kita rasa diri kita hebat dan sempurna, detik itulah kita sebenarnya lupa siapa diri kita.’ Hanna Amiera
Mahu memulihkan hati Hanna yang telah banyak dicalar luka, bukan kerja mudah. Setiap kata-kata kasarnya dulu, dibalas Hanna secara halus.
Dan bila Hanna meminta perpisahan, Megat sudah nampak senarai lelaki lain yang sedang beratur menunggu peluang. Patutkah dia lepaskan Hanna untuk bersama lelaki yang dicintainya atau berusaha agar cinta Hanna beralih pada dirinya?
No comments:
Post a Comment