Sunday, June 9, 2013

Di Hatiku Kau Di Situ

SOLD OUT
Tajuk: Di Hatiku Kau Di Situ
Penulis: Nureen Mirza



Sinopsis 
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi 'papan sekeping'. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.

Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat. Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman. Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata "Ya!", selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat.

Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah beristeri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata "Tidak!" tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah! Siapakah yang harus dia pilih?

No comments: