JIBRAEL: You're...Mine!
Suci Hidayat
Sinopsis
KU JIBRAEL KU JALEEL, lelaki jelmaan hero novel yang menjadi dambaan jiwa setiap perempuan. Sempurna luar dan dalam, sangat penyayang dan terlalu menyukai bayi dan kanak-kanak.
Tapi, itu dulu. Lelaki itu berubah 360 darjah apabila satu-satunya wanita yang terlalu dicintai, yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya, meninggalkannya begitu sahaja. Malah kelelakian JIBRAEL tercabar apabila ditinggalkan di dalam majlis pernikahannya sendiri.
Hormatnya pada perempuan, lenyap. Perempuan menjadi makhluk yang sangat dibenci. Seorang demi seorang perempuan menjadi mangsa dendamnya. Ditabur manisan cinta, diragut kehormatan mereka, lalu perempuan-perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.
Namun, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah padam. Keinginan itulah yang menemukan Jibrael dengan Dara Adalia.
“Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak.” – Ku Jibrael.
Kerana tertipu, terdesak dan terjerat, Dara terpaksa bersetuju, rela dan akur.
Dara jatuh cinta kepada Jibrael sebaik sahaja termeterai ikatan halal di antara mereka. Dan rasa cinta itu semakin mekar disetiap sentuhan meskipun Jibrael berulang kali mengingatkan bahawa perasaan cinta diharamkan sama sekali di dalam perkahwinan mereka.
Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.
“Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael.” – Dara Adalia.
Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?
No comments:
Post a Comment