Saturday, October 26, 2013

Risik Sama Hati


SOLD OUT
Tajuk: Risik Sama Hati
Penulis: Amie Mohd

Sinopsis 
Kalau cinta sudah melekat, gula batu rasa coklat?
Saat mengenali Rizal Fahmi, Khaleeda tidak tahu apa istimewanya dia di mata Rizal. Dia cuma gadis biasa-biasa sahaja. Kerjaya pun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Rizal yang bakal menjadi pakar mata itu. Bukan dia tidak cuba mengelak. Namun makin ditepis, makin rapat Rizal datang menghimpit perasaan Khaleeda.

“Kan sekarang ni kita dah berkawan. Kalau I tak anggap you sebagai kawan takkanlah I berani keluar
dengan you hari ni.”

Namun lelaki bernama Rizal itu memang tak faham bahasa.

“I tahu you faham maksud I tu tapi you sengaja nak mengelak untuk jawab, kan? Untuk pengetahuan  you, I ni penyabar dan tidak kenal putus asa orangnya. I akan berusaha untuk tawan hati you. Percayalah, satu hari nanti you mesti jatuh ke tangan I.”

Dan takdir menentu segala. Memang masin mulut Rizal apabila dia berjaya memperisterikan Khaleeda. Siapa yang tidak bahagia andai mimpi yang disulam menjadi kenyataan? Namun di celah-celah kebahagiaan yang baru dibina itu, jauh di sudut hati Khaleeda tersisip satu perasaan hampa. Selama mengenali Rizal, tidak pernah sekali pun lelaki itu meluahkan rasa sayangnya kepada Khaleeda. Saat segala rahsia terhurai, Khaleeda kelu seribu bahasa. Rizal mengahwininya hanya untuk menyelamatkan perkahwinan kakaknya, bukannya mencintai Khaleeda sepenuh hati.

No comments: