Friday, October 21, 2016

ABAYA BUAT ED

SOLD OUT
Abaya Buat Ed
April Snow

Sinopsis
Pertama kali mata bertentang, Ed a.k.a Edrina dah suka gila pada Ilham. Kata Ed...he's my man. Misi dalam kepala hanya ada satu. Nak jadi Mrs Ilham Danial. Well..Ilham tu kan super handsome hero yang delicious, hot, yummy plus tempting. Ada sexy burger buns pulak tu. Gilalah kalau dilepaskan. Tak boleh…tak boleh. No way!

“I suka you, you suka I. I love you, you love me. Then we get married.”-Edrina Ekram Syah

Kahwin. Kahwin. Kahwin. Awak ni tak benda lain dalam kepala ke Ed selain benda tu? - Ilham Danial.

Ed tak kira. Nak jugak. Ilham lari, Ed kejar. Ilham elak, Ed tak endah. Ilham beri nasihat, Ed buat pekak. Ilham lelah dan menyerah. Fine. Kita kahwin. Tapi…ada syaratnya Cik Edrina.

“Hantar wakil pihak keluarga awak datang meminang saya esok.”-Ilham Danial

Ed on aje. Pinang pun pinanglah. Janji dapat Ilham. Dapat kahwin dengan Ilham. Yes!

“Kita kena pinang Ilham?”- Puan Sri Sarah

“What Ed? Meminang lelaki? You must be kidding!”-Elman Ekram Syah

Tapi bila papa beri kata veto, Ed melompat suka. Oh I love you papa!

“Let's pray and hope for the best, Man. For Ed…for her future.”-Tan Sri Ekram Syah

Hidayah itu hakNya. Hanya untuk yang istimewa dan terpilih. Dan Ed perempuan yang terpilih buat Ilham. Perkahwinan itu medan ujian. Medan menguji percaya dan curiga. Mampukah mereka mengharungi bilah-bilah ujian yang sudah tertulis buat mereka? Mampukah mereka memegang janji yang terlafaz menjadi kebahagiaan dunia dan akhirat buat masing-masing? Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah. Hanya di naskhah takdir ianya tertinta.

Saturday, October 15, 2016

Tangkap Muat Punya Fasal & Bubur Lambuk Punya Fasal

(SOLD OUT) 
Tangkap Muat Punya Fasal  
Bubur Lambuk Punya Fasal (mini novel sekuel TMPF)


Sinopsis
“Awak…tunggu saya balik.” Kata-kata itu yang dipegang Naazneen Sofiah selama dua bulan. Setelah melalui pelbagai dugaan dan cacian, dia cekalkan hati menjejak Arayn Arfan di kota besar Kuala Lumpur. Walaupun terpaksa merentasi Laut China Selatan buat pertama kalinya.
Arayn Arfan tidak menduga perempuan cantik yang berambut panjang itu sebenarnya gila. Kalaulah Naazneen seorang yang waras, takkanlah semudah itu dia mendakwa Arayn sebagai suaminya. Apatah lagi, apabila Naazneen menyatakan bahawa perkahwinan itu adalah atas dasar cinta pandang pertama.
Gila! Arayn bukan jenis lelaki yang tangkap muat semata-mata kerana tergila-gilakan seorang perempuan. Tidak! Inikan pula perempuan yang tidak pernah pernah ditemuinya seumur hidup itu.
“Kenapa awak datang cari saya?” Arayn keliru.
“Saya rindukan awak,” ulang Naazneen, tanpa mempedulikan tenungan mata Arayn yang terkejut dengan pengakuannya.
“Awak suruh saya tunggu. Saya tunggu, tunggu dan tunggu…tapi awak tak balik-balik.” Dada jadi sebak.
“Awak janji awak takkan lama, tapi dua bulan itu cukup lama buat saya.” Sendu digenggam kuat.
“Awak janji seumur hidup awak cintakan saya. Tapi dua bulan awak pergi, awak dah lupakan saya.” Air mata tumpah jua.
“Awak janji…” Bicara terhenti. Untuk apa mengulang janji sedangkan lelaki yang berjanji itu tidak peduli.

Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka? Kalau benarlah mereka jatuh cinta pada pandang pertama dan bukannya kerana tangkap muat punya fasal, adakah peluang untuk mereka jatuh cinta untuk kali ke dua, ke tiga dan seterusnya?
Ini kisah paling sweet, manis, indah dan panas
Tapi AWASSS!!!
Ini juga kisah paling sebak, pilu, geram dan tragis