Tuesday, August 13, 2013

Jet Jonah


SOLD OUT

Sinopsis
I
London, 2007
“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa,
 kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah!
 Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suaraCaptain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!
Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!
II
1 Syawal, 1428
Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm...
 berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”


Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!

Jurnal Aishiteru

*Ada tandatangan penulis

SOLD OUT

Sinopsis 
Siapa sangka, kepulangan Khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kemunculan Adam Daniel yang tanpa belas kasihan menjadikan dirinya tawanan selama sebulan di dalam hutan. Khaleeda tidak tahu kenapa dia diculik dan dihukum sebegitu rupa malah, dia tidak pernah tahu nama pemuda itu sepanjang dia berada di hutan.

“Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali?” -Khaleeda Adni-

“Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah? Anak tak guna macam kau ni, sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari dulu lagi.” -Adam Daniel-

Apakah dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia tegar menghukum gadis? Namun semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil Sadhi diceritakan oleh Lukman yang tahu segala-galanya. Penyesalan mula hadir namun, semuanya sudah terlambat.

Adam diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahannya terhadap Khaleeda dan dia sanggup menebus maruah gadis malang itu. Namun, Tengku Akimi muncul menagih janji Khaleeda saat dia sudah terikat. Saat semuanya sudah tidak boleh diundur lagi dan hatinya sudah mula terbuka buat Adam. Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda dalam mencari erti satu kebahagiaan.

“Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu senang lupakan semua tu. Kenapa Khal?” –Tengku Akimi-

“Kenapa kau dapat semua hah Khal! Apa lebihnya kau dari aku? Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, papa Zhar, Kim. Semuaaa!!! Aku benci kau Khaleeda. Aku benci!” –Khaleesya Adni-

Mampukah Khaleeda merasai nikmat sebenar bahagia kerana perjalanan hidupnya tidak pernah sepi dari diganggu dugaan dan derita. Segalanya telah tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.

“Kucoretkan segala bahagia di sini, agar dapat aku simpan memori bersamamu… I love U.”

Yang Terindah


SOLD OUT

Sinopsis 
Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya. Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri. Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri. Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya? Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

Cinta Datang Lagi

SOLD OUT

Sinopsis 
CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Aku Bercerita


SOLD OUT

Sinopsis 

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Jauh


SOLD OUT

Sinopsis 

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan

Jendela Hati


SOLD OUT

Sinopsis 

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya. Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya. Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Sedetik Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 

Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka. 

Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya? 

Ah, sukarnya membuat pilihan. Namun, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki. Sophie tegar! Kisah ini harus dinoktah. 

Kenangan datang dan pergi. Di saat lukanya mula sembuh, sesuatu yang tidak diduga berlaku! Lelaki itu muncul kembali. Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya. Wanita itu sungguh bertuah...

Sophie percaya, hidup ini ibarat gula-gula; masam, manis dan kadangkala masin. Dia tidak pernah berhenti berharap, biarpun ada kekosongan yang dirasa. Hatinya masih berdegil. Dia percaya, suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana...

Cinta Kembali Lagi


SOLD OUT

Sinopsis 

"Tak bang... Aini tak pernah buat apa yang abang tuduh... dalam hati Aini cuma ada abang... dalam jiwa Aini cuma ada abang... dalam kepala Aini cuma ada abang... dalam denyut jantung Aini juga ada abang... bukan sesiapa... bukan!"

Bahagiakah rumah tangga Aini dan Anuar? Berjayakah Aini ke menara gading? Kehadiran Khairil dan Ismadi adakah mengganggu-gugat rumah tangga Aini?

Rahsia Hati

SOLD OUT

Sinopsis

Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. Aku akan tempuhi semuanya dengan reda. Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.

“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

TENGKU DANIA DAHLIA – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, TENGKU DANIA DAHLIA bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, TENGKU DANIA DAHLIA ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan HAIRI AZWAN. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - HAIRI AZWAN

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - TENGKU DANIA DAHLIA

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!
Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi TENGKU DANIA DAHLIA, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu HAIRI AZWAN, si kaki perempuan. 

Tapi kenapa TENGKU DANIA DAHLIA seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran HAIRI AZWAN? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Wednesday, July 31, 2013

Dekatnya Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan Allah S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya! Tiada sesiapa lagi antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji?

Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya! Emosi si suami mendahului akal. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

Tuesday, July 23, 2013

Giler Kau?

SOLD OUT

Sinopsis 

Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik.

Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka.

Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya.

Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka.

Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Shahrul sejak dulu. Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia.

Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?

“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”

Mr. Pai Epal

SOLD OUT

Sinopsis

Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR

“Gila!” – YAYA

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.

“Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” – YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?