Friday, July 13, 2012

Alahai, Mat Salih!

SOLD OUT
Sinopsis

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham dan membuat darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami penasaran dengan isteri sendiri?

2 comments:

Deleted said...

Macam best.. Hehe ;D

::ara:: said...

cerita ni kelakar sangat, sbb zafri tu lama duduk kanada jd kurang mahir berbahasa melayu, selalu salah faham apa yg aira ckp. yg si aira pula berangin je nak memahamkan zafri..cute sgt >.<