Sunday, January 19, 2014

Pabila Romeo vs Juliet


SOLD OUT


Sinopsis 

Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu

AWATIF, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu, pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.
“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

No comments: