SOLD OUTSinopsis
Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh
pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu,
dia diberhentikan kerja serta-merta.
Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia
ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki
yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke
Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga
mendapat tawaran yang serupa.
Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua
yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi
segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah
dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan
cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut
harta ini.
Pada saat impian hampir tercapai,
tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan
mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu
menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan
apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?
Sempatkah salah seorang daripada mereka
memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh
Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!
No comments:
Post a Comment