SOLD OUT
Sinopsis
TIGA tahun. Bukan waktu
yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik
tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi,
sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh
harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa
berdosa.
“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai
aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak
tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib
Tangan
Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu
hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga
tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah
pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang
muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul
tanpa disangka.
“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq
Kata
abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan
Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan
Aatiqnya pergi.
“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq,
aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila
aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib
Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.
No comments:
Post a Comment