Monday, May 29, 2017

AKU HARUS MEMILIH


SOLD OUT
LIMITED EDITION 

Aku Harus Memilih
Hani Fazuha

Sinopsis

Tiga bulan bertahan, akhirnya ijab dan kabul terlerai. Amelia akur, rupanya rapat itu bukan jaminan untuk serasi. 


“Kita masih boleh mencuba, Mel.” – Haqif 

“Mencuba sesuatu yang sia-sia itu kerja bodoh, Haqif.” Amelia. 

“I nak you, Mel. Tapi you paksa I terima orang lain.” Zafri. 

Cinta itu bukan sesuatu yang boleh dikutip dan diletak ke hati. Bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diambil bila ada yang sudi memberi. Sebab itu dulu dia tidak memilih Zafri. 

“I nak kita kahwin semula.” - Haqif 

“Sejarah selalunya orang tak ulang, lebih-lebih lagi yang menyakitkan.” – Amelia 

“Jangan cari bahagia di tempat sama yang pernah membuatkan you terluka, Mel.” – Zafri. 

Haqif itu bekas suaminya dan Zafri itu bekas suami kawannya. Jika ditanya, dia tak mahu keduanya. Tapi aturan takdir memaksa dia untuk memilih salah seorang daripada mereka. Haqif atau Zafri? Yang pasti, untuk bahagia, hati perlu ikhlas dan redha.

No comments: