Sunday, October 7, 2018

RANJAU SA-PANJANG JALAN

SOLD OUT
Ranjau Sa-panjang Jalan
Shahnon Ahmad

Sinopsis
-Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T-
Sebagai anak tani, itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran. 
Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada.
-Lahuma dijemput menghadap ILAHI-Hidup mesti diteruskan! Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah padi perlu menguning. Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.
Ranjau Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan.

No comments: