Monday, September 9, 2013

Pujuk Hati Dia


SOLD OUT

Sinopsis 
Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi pesimis terhadap golongan kaya. “Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza. Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan. Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan. “Macam mana tengku boleh tak nampak, sedangkan kereta saya lebih besar daripada mata tengku!” – Ain Najiha Tengku Ritzlan menanggalkan kaca matanya. Semakin kecil matanya yang sepet itu sebaik mendengar kata-kata Ain. Perempuan ni mulut kecil tapi berbisa, desis hatinya. Geram dengan kelantangan Ain Najiha, Tengku Ritzlan cari peluang untuk membalas. Bicaranya sentiasa sinis sengaja mahu menyakitkan. Namun, jawapan balas gadis itu sering buatkan dia terkedu. Dan... apabila dia tahu besarnya kesalahan keluarganya terhadap Ain, dia jadi malu sendiri. Ikhlasnya seorang Ain Najiha buatkan hati lelakinya terusik. Dia mula mengerti, dia mahukan Ain menjadi peneman hidupnya yang telah lama sunyi. “Tak boleh ke awak panggil saya...” Tengku Ritzlan berdeham seperti memberi isyarat. “Nak panggil apa lagi?” pintas Ain. “Abang ke?” Ain menghela nafasnya. “Apa kata saya panggil bang Ku?’ “Sampainya hati panggil saya bangku.” “Yalah, singkatan daripada abang dan tengku.” Ain terus ketawa. “Kejam sungguh... tak baik tau.” Berjayakah Tengku Ritzlan pujuk hati Ain Najiha yang sudah membeku? Apa akan terjadi bila Fendi kembali memburu?

No comments: