Monday, December 9, 2013

Sungguh Aku Jatuh Hati


SOLD OUT

Sinopsis 
Dalam hidup Nuradelia Hanani, berkali-kali dia jatuh hati. Cuma hatinya yang jatuh belum sempat dikutip balik, dah kena lenyek. Dek terlanggar hukum bercinta sebelum nikah, dia merana dicuit sengsara. Betulkah cinta sebelum halal itu adalah tragedi semata-mata? Atau tiga lelaki ini yang membuatkan hatinya diagah rasa?

Hafez Nubhan, bekas tunang Nani muncul kembali dengan status duda dan menagih cinta selepas beberapa tahun menghilang. Antara sayang dan simpati, dia harus lebih memerhati.
“Yeop sayangkan Yang. Yeop akan masuk meminang Yang!”

“Berkicau riuh seluruh alam, burung merpati si burung nuri, jenuh menunggu Cik Nani masih berdiam, bolehkah saya jadi calon suami?”
Sesekali tuan doktor berpantun seloka, mahu tergolek dia menghadamkan kata. Dr. Naufal Ikram berusaha untuk merebut cinta Nani dan merawat hatinya yang sekian lama terluka.

“Andai bulan mampu bersuara, ingin saya bertanya pada bulan, kenapa harus dia yang saya rindukan?”
Apabila jurutera tersampuk badai sastera, dia rasa bagai mahu gila! Izz Harriz datang mengetuk pintu hati Nani dengan selamba. Inche bos dah jadi pemuja bahagia!
Dia perlu memilih antara tiga. Dalam mencari jawapan, satu rahsia terbongkar. Nani terkedu. Takdir atau kebetulan? Dia harus juga memilih, kerana bagi seorang Nuradelia Hanani:
“Sekali Nani jatuh cinta, selamanya Nani akan setia.”

No comments: