SOLD OUT
Sinopsis
Cerita ni, cerita aku
dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya,
cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga.
Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja,
tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam
cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.
Kemudian
bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat
pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia
siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.
Namun,
nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam
duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah
menyerang
"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"Yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."
Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.
Ironinya,
mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup
perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau
sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam
cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia